GPku
'going beyond expectation..

Byk Remaja melayu dh 'di tebuk tupai'

By Gpku

BUTA pengetahuan dan undang-undang menyebabkan ramai remaja bawah 18 tahun terbabit dalam seks bebas sehingga hamil luar nikah. Kebanyakan remaja tidak sedar kesan negatif perlakuan berkenaan sama ada dari segi kesihatan mahupun hukuman yang menanti. Kebanyakan remaja tidak tahu risiko yang bakal diterima akibat perbuatan berkenaan. Bukan saja remaja perempuan boleh hamil dan terdedah kepada penyakit kelamin termasuk HIV/Aids, tetapi boleh dihukum mengikut undang-undang kerana hamil luar nikah. Remaja lelaki pula tidak sedar boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat jika didapati memperkosa gadis di bawah usia 18 tahun walaupun mereka mendapat kerelaannya.. Perasaan ingin disayangi oleh jantina berlawanan adalah normal pada peringkat usia muda menyebabkan mereka tidak berfikir jauh untuk melakukannya.
Justeru, amat penting pendidikan awal diberikan kepada anak mengenai perubahan yang akan berlaku kepada diri mereka apabila memasuki usia remaja. Ibu bapa tidak perlu malu untuk berterus-terang dan berbincang mengenai tarikan seksual serta perasaan yang wujud di dalam diri mereka apabila meningkat remaja. . Jangan malu memberitahu anak gadis bahawa mereka berkemungkinan besar boleh hamil mahupun dijangkiti penyakit kelamin kesan hubungan seks tanpa nikah.

Setiap tahun Unit Remaja HKL menerima 200 hingga 250 kes remaja bersabit penderaan seksual termasuk liwat, cabul dan perkosa sama ada secara suka rela oleh teman lelaki atau secara berkumpulan. Tahun lalu saja, unit itu juga menerima 500 kes jenayah seksual membabitkan remaja lelaki dan perempuan dirujuk di Unit Remaja Institut Pediatrik, HKL. Daripada jumlah itu, 220 didera secara seksual seperti diliwat, cabul dan perkosa. Kira-kira 20 peratus remaja berusia 11 hingga 18 tahun pula didapati hamil akibat hubungan terlarang itu.
Jumlah ini meningkat disebabkan oleh kesedaran untuk melaporkan kejadian oleh ibu bapa dan pelajar sendiri. Kebanyakan pelajar ini mengaku mengadakan hubungan seks secara rela, tetapi tidak tahu ia menjadi kesalahan dari segi undang-undang dan kesan negatif lain. Segelintir lagi mengaku dipaksa melakukan hubungan seks oleh pasangan sama ada ketika duduk di tempat sunyi mahupun diberikan ubat khayal dan seterusnya diperkosa, mereka bebas keluar masuk rumah tanpa batas. Ini bermakna mereka boleh berada di luar rumah walaupun selepas larut malam tanpa dihalang oleh keluarga. Ini menunjukkan tiada peraturan di rumah mereka. Sebaiknya, anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah sebaik masuk waktu malam kerana pada masa itu lebih tinggi risiko berlakunya jenayah.
 

0 comments so far.

Something to say?