GPku
'going beyond expectation..

Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)-b0ngok..

By Gpku

Kegiatan sebuah pertubuhan haram, Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) terbongkar apabila polis menangkap tiga lelaki di sebuah hotel di Taman Maluri, Kuala Lumpur ketika sedang menemuduga beberapa lelaki bagi menyertai pertubuhan itu.Nor Azami, berusia 35 tahun, berpangkat Jeneral dalam PKPM turut mendakwa dirinya bakal perdana menteri Malaysia keenam selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
PKPM adalah sebuah pertubuhan haram kerana penubuhannya tidak pernah mendapat kelulusan pihak berkuasa kerajaan. PKPM diwujudkan oleh ahli-ahli PTCM dengan menggunakan kelulusan yang diberikan kepada Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) untuk merekrut anggotanya.
PKPM dikatakan telah merekrut seramai 8,000 orang anggota di seluruh negara dengan pelbagai cara penipuan terhadap orang ramai.

1. Apakah PKPM dan kaitannya dengan PTCM ?
PKPM adalah pertubuhan haram yang ditubuhkan oleh 20 orang bekas anggota PTCM, diketuai Nor Azami Ahmad Ghazali.
Nor Azami yang dipecat daripada PTCM pada Jun 2002, mewujudkan PKPM dan merekrut anggota pertubuhan itu dengan surat kuasa menggunakan nama PTCM.
PTCM pula adalah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (Semakan 1981). PTCM yang didaftarkan pada tahun 1998 dan dikawal selia oleh Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Objektif PTCM adalah menjalankan fungsi penyelamatan ketika kecemasan dan membantu agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Jalan Raya, selain menjalankan aktiviti-aktiviti khidmat sosial.

2. Adakah PKPM mengancam keselamatan negara ?
Menurut pihak polis, kewujudan PKPM tidak mengancam keselamatan di negara ini.
Hasil siasatan awal polis mendapati kegiatan PKPM tiada kaitan dengan keganasan seperti kumpulan Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang boleh mengancam keselamatan.
Bagaimanapun PKPM mesti dibanteras kerana ia adalah sebuah pertubuhan haram di sisi undang-undang negara dan melakukan kegiatan penipuan terhadap orang ramai.
Sementara itu, siasatan juga masih dijalankan bagi mengenal pasti jika ada agenda-agenda lain yang tersembunyi dan tersirat yang dibawa oleh pertubuhan ini.

3. Berapa ramaikah anggota PKPM yang telah ditahan ?
Sehingga 1 Ogos lalu, pihak polis melalui gerakan khas Ops Impian berjaya menangkap 84 orang anggota PKPM, manakala 2,637 orang ditahan setelah menyerah diri.
Antara yang ditahan ialah 133 orang kakitangan awam (11 anggota tentera, 61 guru, dua pensyarah, tiga jururawat, dua pemandu, sembilan buruh dan 45 dalam perkhdimatan lain), tiga bekas polis dan 43 pesara tentera.
Kesemua anggota PKPM itu ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah iaitu kesalahan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 41(1)(b) kerana menyertai pertubuhan yang tidak berdaftar dan Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 kerana memegang jawatan dalam pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

4. Apakah kegiatan penipuan yang dilakukan oleh PKPM?
Beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa dan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.Menggunakan dokumen-dokumen palsu dengan logo Jabatan Perdana Menteri pada kepala surat rasmi dan kad kuasa.Menawarkan pangkat-pangkat tentera dengan bayaran tertentu. Bagi pangkat Leftenan Muda - RM8,000, Leftenan - RM16,000, Kapten - RM25,000 dan Leftenan Jeneral - RM50,000 hingga RM100,000.Mendakwa PKPM mempunyai kuasa melebihi kuasa Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.Mendakwa bahawa ketuanya, Nor Azami bakal dilantik Perdana Menteri Malaysia yang keenam, semata-mata menggunakan formula RAHMAN.Penipuan-penipuan oleh Nor Azami, antaranya :--Mendakwa dirinya adalah pengarah kepada pelbagai syarikat perniagaan, antaranya dalam bidang hartanah, pemaju perumahan dan produksi filem dan cakera padat.- Mendakwa dirinya seorang bergelar ‘Datuk', pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan mengaku mempunyai 100 buah syarikat dan memiliki kekayaan berjumlah berbilion ringgit.- pernah menyumbangkan cek palsu bernilai RM20,000 kepada sebuah majlis jamuan makan malam- Mencetak wang yang mempunyai tanda tangannya sendiri- memperdaya ahli-ahli perniagaan dengan menawarkan jawatan dalam PKPM.- menggunakan nama kerabat raja dan menteri untuk meyakinkan anggota PKPM dan meraih peluang-peluang perniagaan

5. Apakah tindakan yang yang akan dikenakan kepada mereka yang menganggotai PKPM?
Mereka yang ditahan sedang disoal siasat oleh pihak polis dan akan didakwa mengikut undang-undang yang berkaitan, jika bersabit kesalahan.
Siasatan yang dijalankan secara terperinci merangkumi semua aspek. Pihak berkuasa akan meneliti samada mereka yang terbabit tertipu atau mempunyai niat tertentu apabila mereka menyertai sesuatu pertubuhan haram.
Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 tahun, jika sabit kesalahan, kerana melakukan penipuan besar-besaran.
Mereka yang terlibat juga boleh didakwa di bawah Akta Persatuan 1966, kerana terbabit dengan pertubuhan haram, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.

6. Benarkah terdapat menteri kabinet terlibat dengan PKPM?
Daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis, tidak ada menteri kabinet yang terlibat secara langsung atau menjadi anggota PKPM.
Walaupun Ketua Turus Umum PTCM, Staff Marshal Munsyi Muslim Yacob pernah mendakwa mempunyai maklumat mengenai pembabitan seorang menteri kabinet dalam PKPM, namun tiada bukti dikemukakan bagi menyokong dakwaan tersebut.
Munsyi juga pada 5 Ogos lalu telah mengakui tidak mempunyai sebarang bukti mengenai pembabitan menteri kabinet, sebagaimana yang dilaporkan.

Sumber rujukan :Laman web Utusan Malaysia dan Berita Harian akhbar-akhbar tempatan
Pusat Pengurusan Maklumat StrategikKementerian Penerangan Malaysia.
 

0 comments so far.

Something to say?