GPku
'going beyond expectation..

Satu Malaysia....Satu Malaya....Malay!!

By Gpku

Saban tahun, penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar-pelajar Ijazah pertama luar negara semakin meningkat.Peningkatan ini boleh dilihat dari pelbagai aspek.Sama ada dilihat dengan pencapaian pelajar itu sendiri melalui sistem yang diguna pakai sekarang iaitu 'meritokrasi' atau pun masih dipertimbangkan dengan pembahagian mengikut kaum.Perangkaan data menunjukkan sejak tahun 2000-2008, bilangan pelajar yang mendapat tajaan biasiswa pendidikan bagi Ijazah Pertama luar negara bagi pelajar bukan bumiputra meningkat.Jika pada tahun 2000, seramai 900 pelajar bumiputra manakala 150 pelajar bukan bumiputra telah mendapat tajaan tersebut.Perubahan telah berlaku tahun demi tahun hinggakan pada tahun 2008, seramai 1100 pelajar bumiputra manakala 900 pelajar bukan bumiputra telah mendapat tajaan tersebut.Angka ini perlu dilihat secara berkhemah, sekaligus menolak ketidakpuashatian sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak adil.Masalah ini perlu dilihat bukan sahaja secara 'meritokrasi' malah perlu mengikut kepentingan sesuatu kaum.Semua ini terletak pada budi bicara kerajaan yang meletakkan kedaulatan negara dan hak kepentingan orang melayu pada tempatnya.
 

0 comments so far.

Something to say?